“When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father. When she is a wife, she completes half of the deen of her husband. When she is a mother, Jannah lies under her feet." Ameen

Pages

RESIPI BROWNIES TERSEDAP

BrowniesDelivery_KLCC


Saya jamin 100% BrowniesDelivery_KLCC adalah brownies tersedap yang pernah kami makan.
Kami ye bukan saya, kerana kami adalah pengkritik pengkritik  setia BrowniesDelivery_KLCC

Dan sudah tentunya kami cerewet ya amat okkey. 
Tak sesenang itu nak bagi credit untuk makanan yang manis.

Tambah tambah lagi dengan routine diet saya yang sangat sangat berkira untuk menelan benda benda manis.
Tapi sungguh ni, minta tolonglah janganlah ditayang tayang brownies ini depan mata. Hancur ke lautan Hindi ai punya diet okeh.
Setiap event office, majlis kecil atau besar, sehingga majlis peribadi keluarga kami, bagaikan tiada seri tanpa BrowniesDelivery_KLCC

Ibarat Hidup tanpa cinta,
Bagai air tanpa gula,
Bak rembulan tanpa kejora,
Ibarat pohon tanpa bunga,
Umpama dunia tanpa warna,
Laksana mentari tanpa cahaya.
Begitulah diibaratkan majlis kami tanpa BrowniesDelivery_KLCC

Ada jugak kami rikki rikki dengan chef kesayangan kami, resipi mana yang dia rujuk.
Bagi beliau basic resipi semua sama. Boleh je follow blog blog terkenal.

Kaedahnya hampir sama, tapi percayalah, BrowniesDelivery_KLCC kami ini berbeza kerana
  • Ianya dibakar dari hati dengan penuh kasih sayang, 
  • Menggunakan bahan masakan yang terbaik menggunakan Coklat Masakan, Serbuk Koko, Butter yang bertaraf premium, tetapi anda cuma bayar harga yang sangat murah.
  • Menjimatkan ruang peti sejuk. BrowniesDelivery_KLCC kekal rangup dan sedap dalam suhu bilik selama 5-7 hari (tak perlu diletakkan didalam peti sejuk). 

----------------------------------------------------------------------------------
Nah ambillah resipi yang dikongsi dari blog azlitamasammanis
 (credit to: www.azlitamasammanis.com)

Tapi harus diingat ye, lain air tangan lain rasanya, tidak ada jaminan wang dikembalikan ye kalau anda baking sendiri jikalau  tidak mencapai bintang yang disasarkan. 
Hehehehe gurau je

Resipi Brownies
Bahan-bahannya

  • 250 gm butter ~ potong kecil
  • 400 gm coklat masakan ~ potong kecil
  • Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
  • Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
  • Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
  • Biarkan ia sejuk sebentar
  • 90 gm tepung 
  • 50 gm serbuk koko
  • 100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
  • Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
  • Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
  • * kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
  • 5 biji telur ~ saiz A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 290 gm gula perang

Cara Memasak

  • Panaskan oven pada suhu 160 C.
  • Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  • Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
  • Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
  • Kacau rata.
  • Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
  • Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
  • * proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
  • * Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Ratakan.
  • Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
  • Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
  • Potonglah brownies kepada kepingan.

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Maka terhasillah brownies kedut kesukaan ramai ini


-----------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE: KAMI MENYEDIAKAN SERVIS DELIVERY BROWNIES :

Isnin hingga Jumaat:


  • Kawasan : KLCC dan sekitarnya (Waktu Penghantaran: Tengahari 12-2 tengahari atau selepas pukul 5 ptg)
  • Kawasan : Setiawangsa, Keramat , Ulu Klang, Gombak (Waktu Penghantaran: Penghantaran bermula selepas Maghrib)


Sabtu dan Ahad:


  • Kawasan : Kuala Lumpur dan Selangor dengan temujanji.



Untuk maklumat dan update Cik Puan semua dipersilakan untuk menjenguk aktiviti terkini kami di Instagram :

https://instagram.com/browniesdelivery_klcc/


#BrowniesDelivery_KLCC
#FreeDeliveryAtKLCC
#KedaiBrowniesOnline

Copyright © Mariati Sulaiman | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in