“When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father. When she is a wife, she completes half of the deen of her husband. When she is a mother, Jannah lies under her feet." Ameen

Pages

Emas Kelantan - Gelang Emas 916

SUKA BELI EMAS KELANTAN??

Apa beza emas Kelantan berbanding emas lain?

Sebenarnya tiada beza dari segi komposisi dan peratusnya, akan tetapi jika anda pernah membeli emas dari Kelantan, dengan sendirinya anda akan dapat merasai perbezaan dari segi kekemasan dan keunikan rekabentuknya.


Wanita beli Emas kerana Pelaburan atau Perasaan?
Saya kongsikan sedikit survey berkenaan Gelang Emas.

Barang Kemas Pertama pilihan Wanita.....
Mengikut kajian, kaum wanita lebih cenderung memilih Gelang/Rantai Tangan sebagai Barang Kemas Pertama yang perlu dimiliki.

Dan juga, jika untuk pembelian barang kemas yang seterusnya, Wanita lebih cenderung untuk melihat-lihat rekabentuk Gelang yang terkini walaupun mereka sebenarnya mencari rantai atau subang.
Walaupun begitu tidaklah bermaksud cincin, rantai , subang, gelang kaki atau loket tidak pernah dilupakan sebagai pelengkap.

Dilain masa saya akan bercerita mengenai hebatnya kuasa Cincin Emas.
Mungkin lebih hebat dari Lord of the rings.
Kerana apa ye?
Mulanya saya menyangka wanita membeli kerana long term pelaburan. Ternyata sangkaan saya meleset.
Dari jawapan yang diperolehi, bukan 100% Wanita membeli barang kemas untuk pelaburan. Tetapi mereka membeli kerana keperluan perasaan mereka. Tidak kiralah diwaktu harga emas meninggi atau tidak.

Apabila ditanya, ini jawapannya:
#1:Bagi mereka keupayaan memiliki dan mengekalkan sesuatu gelang ditangan dalam tempoh yang lama memberikan perasaan yang berbagai bagai.

#2: Ada yang rasa Bahagia. Itu biasa. Kalau tak percaya cuba beli emas saat anda stress. Emas also a good theraphy.

#3:Ada yang rasa itu benda Wajib.
Cuba perhatikan, Setiap wanita harus ada emas perhiasan ditangan mereka. Oleh yang demikian, saya cuba membuat survey tidak rasmi selama seminggu di tempat kerja dan meneliti tangan tangan mereka yang berada di sekitar. Ya memang terbukti, boleh dikatakan 90% kenyataan itu tepat. Tidak kisah saiz kecil atau besar, yang penting memang WAJIB ada di tangan.

#4:Ada juga yang memberitahu, itu lambang kehidupan mereka. Perubahan saiz dan berat gelang menunjukkan revolution dalam kehidupan mereka. Dari design anak dara yang simple, kepada design moden untuk ibu muda dan akhirnya design evergreen untuk wanita dewasa.
Faktor perasaan ini dianggap tersangat penting kerana ia menentukan Design pilihan pelanggan, dan juga memberikan sakit kepala kepada Tukang Tukang emas yang berfikir demi menambahbaik rekabentuk Gelang Tangan untuk keperluan pelanggan yang disayangi.


1. Whatsapp/Telegram: 016-3132748 untuk memilih emas idaman anda.

                                                     Mariati : 016-3132748
ATAU 
lawati FB Page 






















0 comments:

Post a Comment

Copyright © Mariati Sulaiman | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in