Happy Birthday Irfan.
Gen Z yang Outspoken.
Si Abang yang baru berumur 8 tahun sudah mengidamkan Lamberghini SV (Abaikan ejaan budak yang berumur 8 tahun).
Dan mama dia sendiri pun tak tahu ada SV kat belakang tu, sehingga diterangkan tapi tetap juga tak faham.
Apapun terima kasih anak. Kerana saat kamu lahir, serentak dengan itu juga seorang Ibu juga telah dilahirkan.
Sangat jarang dan saya sangat mengelak untuk menulis cerita anak di Media sosial. Alasan saya tidak ada yang menarik. Cuma kisah yang biasa biasa sahaja.
Sehinggalah anak anak meminta bercerita bagaimana kisah mereka semasa baru lahir, Kerap menangis ke mereka? baik ke?
Dimana mereka lahir?
Kenapa sorang Kelantan, sorang johor , sorang lagi selangor?
Bagaimana saya pergi sekolah zaman dulu?
Apa? Saya dah jadi zaman dulu dalam kehidupan mereka!!!
Wawasan 2020 yang selalu saya tulis sebagai penyedap ayat karangan pun belum tiba lagi okeh!
Sedap sedap je dah jadi orang zaman dulu teman ni.
Soalan yang paling menyentuh hati.
Bagaimana saya boleh hidup jauh dari kampung halaman?
Kenapa Mama Mama (Opah) tak pernah datang rumah kita kat KL lagi?
Nasib baik Abang Irfan tolong jawabkan, Opah (Mama kepada Mama) dah meninggal,masa tu awak kecik lagi.
Oh anak, kamu semua sungguh rajin memberi inspirasi. Sudah terbalik ni. Patutnya seorang ibu yang bersungguh bagi inspirasi pada anak anak.
Terima kasih anak anak atas inspirasi ,
terima kasih juga atas komen komen positif yang selalu membuat mama sentap.
Anak anak itu tak tahu.
Mama mereka Gen Y yang banyak berahsia.
Tak mahu cerita nak beli lambergini macam kamu.
Tak mahu cerita jatuh yang terduduk.
Mahu ingat yang manis manis sahaja.
Semua cerita tak manis mahu simpan ketat ketat.
Yang sebenarnya banyak cerita yang Mama boleh ceritakan untuk panduan kamu wahai anak anak.
Setiap episod hidup mengajar bagaimana Mama melihat dari mara hati,
nilai ujian,
nilai kematangan,
nilai keihlasan hati manusia,
nilai kesyukuran,
nilai keSabaran,
dan berbagai lagi yang belum sempat ditulis disini.
Dan penghalang utama untuk menulis adalah ketakutan,
takut kalau kalau tersalah perkataan yang dipilih, akan terlihat ujub/ riak.
Takut Terlihat mengada ngada, macam dia sorang je yang ada cerita,
Macam dia sorang je ada anak.
Macam bagus sangat.
Memang kita tak mampu untuk,
mengubah cara manusia berfikir,
lihat
atau
dengar.
Kerana manusia cuma mahu fikir apa yang mereka mahu fikir,
lihat dari sudut yang mereka mahu lihat,
Dengar apa yang mahu dengar sahaja.
Tapi ada seseorang pernah mengingatkan saya, setiap hari kita belajar ,
perkara baru,
ilmu baru,
Alangkah ruginya pengalaman dan ilmu yang bagus itu tidak dikongsi sebagai panduan dan added value buat yang tercari cari panduan.
Flashback bagaimana mudahnya saya mendapat checklist persediaan buka sekolah ketika Anak Sulung ini masuk alam persekolahan, apabila membaca beberapa blog ibu ibu muda.
Ya memang saya ada bertanya mereka di sekeliling, tapi tidak menjadi salah kalau kita memanfaatkan dan meng"combine" ilmu ilmu yang ada.
Tambah tambah zaman ilmu sangat mudah diperolehi, segala galanya diatas screen smartphone.
Cuba kirakan pahala pasif mereka yang berkongsi dapat secara berterusan.
Apa apapun....
Sangka yang baik baik,
Niat yang baik baik,
Tulis yang baik baik,
Harap yang baik baik,
Insyallah dapat yang baik baik juga.
Selamat Harijadi yang ke 8 tahun Abang Irfan!!!!
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment