(M ke XXL) vs (XXL kembali pada M)
Berdasarkan pengalaman saya, tidaklah begitu susah untuk menukar size M kepada XXL. Tetapi untuk kembali semula kepada M sangatlah memerlukan kaedah yang tepat dan berkesan, bersesuaian dengan keupayaan setiap diri individu untuk mencapai objektif yang disasarkan.
#1. Bagaimana Saya Bermula
Sebenarnya dah banyak kali saya bermula. Dari zaman belajar lagi. Sampai ada ex-housemate yang jumpa saya tahun lepas tanya,
"Eh tak kurus lagi awok tie, saya rasa awok plan nak diet dari zaman awok final sem lagi". Saya menganggap beliau maksudkan tahun 2004.
Sebenarnya akak tu salah. Saya bermula dengan plan untuk kurus sejak dari tahun 2001 lagi. Bagus kan? Dan saya bermula dengan kaedah yang kurang tepat atau bahasa lainnya langgar dinding, yangmana saya telah plan dan buat cara yang salah secara berterusan. Azam untuk kurus pulak semestinyasaya akan renew setiap kali masuk tahun baru.
Apa yang bagusnya, saya ni tak pernah kenal erti putus asa gitu. Kejap kejap saya beli teh kurus, kejap lagi cari krim kurus pulak. Kawan kawan selalu cakap, "Rasanya Teh tu yang kurus nanti, bukan tuannya". Yela time student mampu beli teh dan krim je lah kan.
Masa tu saya feeling feeling seronok. Bagi saya itu adalah kata kata semangat dari kawan kawan. Tapi bila fikir balik, entah bagi semangat, entah boring? Mau tak boring, asal keluar outing, lalu kedai jamu mulalah melekat dok menelek produk kurus yg paling latest. Pastu terhangguk hanguk dengar penerangan dari penjual. Yela mana tahu, miracle happen, lepas sapu krim mustajab, esok bangun terus kurus.
Lepas beli,adalah sempat 2-3 kali guna, 95% produk yang dibeli akan tersadai dalam loker. Tunggu nanti keluar brand baru, kalau time tu ada duit dalam poket, cari yang lain lah pulak. Kalau tidak kita masuk wishlist dulu. Nanti PTPTN masuk, boleh usha lagi sekali. Hamponnn PTPTN.
Bila dah fedap cari ubat kurus, saya mencari bengkung pulak. Nak bengkung yang macam mana? Name it... Zap on, infra red, semua saya ada okeh. Dari puluh puluh ringgit hingga ribuan. Opps, suamiku tak tahu yang ribu ribuan itu!!!
Ada ketikanya, saya beralih arah. Ada kesedaran untuk bersenam. Yang jadi masalah, lepas jogging satu hari tidur 2 hari. Lepas jogging satu jam, makan nasi 2-3 pinggan. Dari situ dah boleh teka berat naik atau turun kan?
Dan yang agak ekstrem, saya ada mencuba-cuba crash diet dan yang satu lagi zero karbo diet. Bila saya stop, kadar pengambilan makanan dengan mendadaknya meningkat 2-3 kali ganda dari sebelumnya.
Itu belum lagi cerita bab supplemen supplemen ajaib lagi. Yang mana saya mengharapkan keajaiban dari suplemen tersebut, berdasarkan testimoni testimoni yang digembar gemburkan.
Kalau ikutkan dari cerita di atas, macam obses sangat saya ni kan? Tak bersyukur pun ada, Membazir pun ada. Realitinya, apa yang telah saya alami, sedang dan masih dialami oleh berjuta juta rakyat Malaysia.
Mengikut statistik, Malaysia adalah negara paling obes di Asia Tenggara dengan peratus obesiti menghampiri tahap 45%. Dan berdasarkan pengalaman saya sebagai pembeli ubat kurus tegar, kebanyakan produk lebih kurang sama isi kandungannya.
Hanya brand dan packaging yang membezakan mereka. Bila ada kesan sampingan, cuma pemakan yang akan mengalami kesan kesan sampingan tersebut. Maaf, cerita saya tidak bertujuan langsung untuk kondem sebarang produk dipasaran.
Prof saya pernah melawak, kalau sesiapa boleh cipta ubat kurus with no hunger or no exercise, orang itu Insyallah bakal jutawan. Kerana apa?
Jadi sahabat sekalian, tolonglah, buat research sedikit dan seboleh bolehnya cari produk yang berunsurkan natural sebelum dikonsumkan. Yang nak proses semua tu badan kita, buah pinggang kita, hati kita, saluran pembuangan kita, bukannya badan orang lain.
Saya ni boleh dikatakan agak pandai sedikit buat ujikaji. Setiap kali mencuba produk baru, jika didapati ada persamaan dari segi kandungann, bau dan rasa dengan produk terdahulu, saya akan hentikan pengambilan secara serta merta. Walaupun masa beli macam tak perasan je semua benda tu.
#2.Cukai Kebodohan Termahal
Cukai kebodohan termahal yang saya telah bayar adalah dengan menjadikan diri sendiri sebagai tikus makmal. Tetapi hikmahnya, mana mungkin saya mampu berkongsi pengalaman kalau saya sendiri tidak mengalaminya.
Sebelum April 2015, memang saya telah hampir berputus asa. Pastu mulalah mencari alasan, dah memang metabolisme rendah, tak boleh dah nak kurus. Yang sebenarnya, saya ini tidak obses sangat terhadap kurus, sehinggalah saya belajar erti kurus yang sebenar dari rakan yang berkongsi rasa yang sama.
Iya, saya bertemu jawapan. Bukan badan kurus yang patut ditarget. Objektifnya lebih kepada Pengekalan Kesihatan yang optimum, itulah jawapan yang paling tepat. Ianya amanah dari Allah SWT yang tak ternilai.
Andai kata kita diminta untuk menandatangani perjanjian gadai janji untuk pinjaman kesihatan ini, tiada satu nombor pun yang dapat menafsirkan nikmat kesihatan yang telah diberikan.
Diam diam saya teringatkan arwah Mak.
Terdengar dengar arwah berpesan
"kome seksok pandai-pandai le jaga badan, jangan jadi macam Mok ni, baru umur 50an nak pegang cucu tak larat, nak jaga anak dalam pantang pun terketar-ketar tangan, harapkan kuat semangat je dapat bangun semayang malam, ikut kederat memang takde."
Oh saya terlepas pandang, Sihat itu tersangatlah penting untuk perlaksanaan ibadah terutamanya selepas usia emas. Saya mesti bermula sekarang!!!!!
#3. Nak KURUS vs SIHAT?
Dari situ, objektif saya bertukar serta merta. Bukan nak KURUS tapi nak SIHAT. Kalau nak kurus semata mata sebenarnya saya dapat tukar size baju sahaja, tetapi jika memilih untuk sihat, saya dapat stamina, dapat kurus, dapat ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka masa panjang.
Untuk jadi SIHAT, perkara Nombor Satu yang perlu disingkirkan dalam hidup adalah berat badan yang berlebihan.
Maka untuk menrealisasikan Perkara Nombor Satu tersebut, bermulalah episod saya mencabar diri sendiri untuk Menurunkan Berat Badan Secara Sihat dan Betul.
..... bersambung
#4. Kronologi Berat Naik Berperingkat Tanpa Disedari atau Buat Buat Tak Sedar
(Dari M ke XXL)
#5.Terharu dengan Persekitaran Positif
#6. Sindiran? Pekakkan telinga, Jalan Terus
#7.Senaman? Sangat susah untuk bermula
#8. Jangan main main. BMI tidak normal boleh melambatkan urusan pembelian insurans rumah.
0 comments:
Post a Comment