“When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father. When she is a wife, she completes half of the deen of her husband. When she is a mother, Jannah lies under her feet." Ameen

Pages

RESIPI BROWNIES TERSEDAP

BrowniesDelivery_KLCC


Saya jamin 100% BrowniesDelivery_KLCC adalah brownies tersedap yang pernah kami makan.
Kami ye bukan saya, kerana kami adalah pengkritik pengkritik  setia BrowniesDelivery_KLCC

Dan sudah tentunya kami cerewet ya amat okkey. 
Tak sesenang itu nak bagi credit untuk makanan yang manis.

Tambah tambah lagi dengan routine diet saya yang sangat sangat berkira untuk menelan benda benda manis.
Tapi sungguh ni, minta tolonglah janganlah ditayang tayang brownies ini depan mata. Hancur ke lautan Hindi ai punya diet okeh.
Setiap event office, majlis kecil atau besar, sehingga majlis peribadi keluarga kami, bagaikan tiada seri tanpa BrowniesDelivery_KLCC

Ibarat Hidup tanpa cinta,
Bagai air tanpa gula,
Bak rembulan tanpa kejora,
Ibarat pohon tanpa bunga,
Umpama dunia tanpa warna,
Laksana mentari tanpa cahaya.
Begitulah diibaratkan majlis kami tanpa BrowniesDelivery_KLCC

Ada jugak kami rikki rikki dengan chef kesayangan kami, resipi mana yang dia rujuk.
Bagi beliau basic resipi semua sama. Boleh je follow blog blog terkenal.

Kaedahnya hampir sama, tapi percayalah, BrowniesDelivery_KLCC kami ini berbeza kerana
  • Ianya dibakar dari hati dengan penuh kasih sayang, 
  • Menggunakan bahan masakan yang terbaik menggunakan Coklat Masakan, Serbuk Koko, Butter yang bertaraf premium, tetapi anda cuma bayar harga yang sangat murah.
  • Menjimatkan ruang peti sejuk. BrowniesDelivery_KLCC kekal rangup dan sedap dalam suhu bilik selama 5-7 hari (tak perlu diletakkan didalam peti sejuk). 

----------------------------------------------------------------------------------
Nah ambillah resipi yang dikongsi dari blog azlitamasammanis
 (credit to: www.azlitamasammanis.com)

Tapi harus diingat ye, lain air tangan lain rasanya, tidak ada jaminan wang dikembalikan ye kalau anda baking sendiri jikalau  tidak mencapai bintang yang disasarkan. 
Hehehehe gurau je

Resipi Brownies
Bahan-bahannya

  • 250 gm butter ~ potong kecil
  • 400 gm coklat masakan ~ potong kecil
  • Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
  • Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
  • Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
  • Biarkan ia sejuk sebentar
  • 90 gm tepung 
  • 50 gm serbuk koko
  • 100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
  • Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
  • Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
  • * kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
  • 5 biji telur ~ saiz A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 290 gm gula perang

Cara Memasak

  • Panaskan oven pada suhu 160 C.
  • Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  • Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
  • Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
  • Kacau rata.
  • Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
  • Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
  • * proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
  • * Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Ratakan.
  • Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
  • Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
  • Potonglah brownies kepada kepingan.

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Maka terhasillah brownies kedut kesukaan ramai ini


-----------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE: KAMI MENYEDIAKAN SERVIS DELIVERY BROWNIES :

Isnin hingga Jumaat:


  • Kawasan : KLCC dan sekitarnya (Waktu Penghantaran: Tengahari 12-2 tengahari atau selepas pukul 5 ptg)
  • Kawasan : Setiawangsa, Keramat , Ulu Klang, Gombak (Waktu Penghantaran: Penghantaran bermula selepas Maghrib)


Sabtu dan Ahad:


  • Kawasan : Kuala Lumpur dan Selangor dengan temujanji.



Untuk maklumat dan update Cik Puan semua dipersilakan untuk menjenguk aktiviti terkini kami di Instagram :

https://instagram.com/browniesdelivery_klcc/


#BrowniesDelivery_KLCC
#FreeDeliveryAtKLCC
#KedaiBrowniesOnline

Kereta Idaman Irfan- Lamberghini

Happy Birthday Irfan.

Gen Z yang Outspoken.
Si Abang yang baru berumur 8 tahun sudah mengidamkan Lamberghini SV (Abaikan ejaan budak yang berumur 8 tahun). 



Dan mama dia sendiri pun tak tahu ada SV kat belakang tu, sehingga diterangkan tapi tetap juga tak faham. 

Apapun terima kasih anak. Kerana saat kamu lahir, serentak dengan itu juga seorang Ibu juga telah dilahirkan. 

Sangat jarang dan saya sangat mengelak untuk menulis cerita anak di Media sosial. Alasan saya tidak ada yang menarik. Cuma kisah yang biasa biasa sahaja. 

Sehinggalah anak anak meminta bercerita bagaimana kisah mereka semasa baru lahir, Kerap menangis ke mereka? baik ke?
Dimana mereka lahir? 
Kenapa sorang Kelantan, sorang johor , sorang lagi selangor?

Bagaimana saya pergi sekolah zaman dulu?
Apa? Saya dah jadi zaman dulu dalam kehidupan mereka!!!

Wawasan 2020 yang selalu saya tulis sebagai penyedap ayat karangan pun belum tiba lagi okeh! 
Sedap sedap je dah jadi orang zaman dulu teman ni.

Soalan yang paling menyentuh hati. 
Bagaimana saya boleh hidup jauh dari kampung halaman? 
Kenapa Mama Mama (Opah) tak pernah datang rumah kita kat KL lagi?
Nasib baik Abang Irfan tolong jawabkan, Opah (Mama kepada Mama) dah meninggal,masa tu awak kecik lagi.

Oh anak, kamu semua sungguh rajin memberi inspirasi. Sudah terbalik ni. Patutnya seorang ibu yang bersungguh bagi inspirasi pada anak anak. 

Terima kasih anak anak atas inspirasi , 
terima kasih juga atas komen komen positif yang selalu membuat mama sentap.

Anak anak itu tak tahu. 
Mama mereka Gen Y yang banyak berahsia. 
Tak mahu cerita nak beli lambergini macam kamu. 
Tak mahu cerita jatuh yang terduduk.
Mahu ingat yang manis manis sahaja.
Semua cerita tak manis mahu simpan ketat ketat. 

Yang  sebenarnya banyak cerita yang Mama boleh ceritakan untuk panduan kamu wahai anak anak.

Setiap episod hidup mengajar bagaimana Mama melihat dari mara hati,
nilai ujian, 
nilai kematangan, 
nilai keihlasan hati manusia,
nilai kesyukuran,
nilai keSabaran,
dan berbagai lagi yang belum sempat ditulis disini. 

Dan penghalang utama untuk menulis adalah ketakutan, 
takut kalau kalau tersalah perkataan yang dipilih, akan terlihat ujub/ riak. 

Takut Terlihat mengada ngada, macam dia sorang je yang ada cerita,
Macam dia sorang je ada anak.
Macam bagus sangat. 

Memang kita tak mampu untuk,
mengubah cara manusia berfikir, 
lihat 
atau 
dengar.

Kerana manusia cuma mahu fikir apa yang mereka mahu fikir, 
lihat dari sudut yang mereka mahu lihat,
Dengar apa yang mahu dengar sahaja.
 
Tapi ada seseorang pernah mengingatkan saya, setiap hari kita belajar ,
perkara baru, 
ilmu baru,

Alangkah ruginya pengalaman dan ilmu yang bagus itu tidak dikongsi sebagai panduan dan added value buat yang tercari cari panduan. 

Flashback bagaimana mudahnya saya mendapat checklist persediaan buka sekolah ketika Anak Sulung ini masuk alam persekolahan, apabila membaca beberapa blog ibu ibu muda. 

Ya memang saya ada bertanya mereka di sekeliling, tapi tidak menjadi salah kalau kita memanfaatkan dan meng"combine" ilmu ilmu yang ada. 

Tambah tambah zaman ilmu sangat mudah diperolehi, segala galanya diatas screen smartphone.

Cuba kirakan pahala pasif mereka yang berkongsi dapat secara berterusan.

Apa apapun....
Sangka yang baik baik,
Niat yang baik baik,
Tulis yang baik baik, 
Harap yang baik baik, 
Insyallah dapat yang baik baik juga.

Selamat Harijadi yang ke 8 tahun Abang Irfan!!!!
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.


SENARAI HARGA PENUH KOSMO BEAUTY



SENARAI HARGA PRODUK KOSMO BEAUTY ADALAH SEPERTI DI BAWAH



A. SET BERPANTANG


B. SET KECANTIKAN RAMBUT

C. SET KECANTIKAN BADAN (1)

D. SET KECANTIKAN BADAN (2)
E. SET KECANTIKAN BADAN (3)

F. SET PENAWAR RESDUNG

G: SET SATU KELUARGA (FAMILY SET)


Kelebihan Lulur Kopi dan Santan

Kelebihan Lulur Kopi dan Santan



Kelebihan Lulur berasaskan Kopi

LULUR BIJI KOPI NI TERSANGATLAH RAMAI PEMINATNYA!!!

Bila sebut kopi semua teringatkan aroma Starbucks, Coffee Bean, Old Town White Coffee takpun Kopitiam, dan mulalah mereka membayangkan  Kopi O Ais, takpun Ice Blended Coffee atau juga White Coffee.
Mungkin ramai yang kurang mengetahui  yang tahu Kopi bukan hanya halus untuk diminum, tetapi secara faktanya  Kopi merupakan juga salah satu bahan semulajadi yang sangat penting untuk kecantikan kulit.

KELEBIHAN NO # 1
ANTIOKSIDAN, MENGHALUSKAN DAN MENG"GLOWING"KAN KULIT

Pemakaian LULUR KOPI secara konsisten akan membantu menghaluska dan menjadikan kulit putih bercahaya (GLOWING GITU) , kerana serbuk kopi sebenarnya mengandungi anti oksida dan sifatnya juga menghaluskan dan mencerahkan kulit.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal. Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.


KELEBIHAN NO # 2
MENYINGKIRKAN SELULIT
Dua sifat kafein yang utama bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah. Secara semulajadi menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing, jika digunakan secara konsisten.

Kalau tak rajin menyental secara konsisten, susah tau nak singkirkan selulit yang dah lama bersahabat dengan badan, terutamanya perut dan paha selepas melahirkan anak. Wanita yang sedang berpantang sangat digalakkan memakai lulur kopi ni untuk kembali bercahaya dan berseri seri selepas habis pantang.












KELEBIHAN NO # 3
MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI DAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
Serbuk kopi sangat membantu menyingkirkan  sel kulit mati. Boleh juga dipakai di kawasan muka dan dibiarkan selama 5 minit supaya khasiatnya diserap oleh tubuh dan dibasuh dengan air bersih.
Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit. Ingat tak petua orang tua dulu-dulu suka letak uncang teh kat mata bagi mengurangkan lebam mata. Sebenarnya fungsi kafein dalam teh yang membantu, bukan uncangnya tau.

......... BERSAMBUNG

Nak intai produk yang berkaitan?

Jom 'stalk' Instagram kami: 
kosmobeautyspaonline



atau 













Emas Kelantan - Gelang Emas 916

SUKA BELI EMAS KELANTAN??

Apa beza emas Kelantan berbanding emas lain?

Sebenarnya tiada beza dari segi komposisi dan peratusnya, akan tetapi jika anda pernah membeli emas dari Kelantan, dengan sendirinya anda akan dapat merasai perbezaan dari segi kekemasan dan keunikan rekabentuknya.


Wanita beli Emas kerana Pelaburan atau Perasaan?
Saya kongsikan sedikit survey berkenaan Gelang Emas.

Barang Kemas Pertama pilihan Wanita.....
Mengikut kajian, kaum wanita lebih cenderung memilih Gelang/Rantai Tangan sebagai Barang Kemas Pertama yang perlu dimiliki.

Dan juga, jika untuk pembelian barang kemas yang seterusnya, Wanita lebih cenderung untuk melihat-lihat rekabentuk Gelang yang terkini walaupun mereka sebenarnya mencari rantai atau subang.
Walaupun begitu tidaklah bermaksud cincin, rantai , subang, gelang kaki atau loket tidak pernah dilupakan sebagai pelengkap.

Dilain masa saya akan bercerita mengenai hebatnya kuasa Cincin Emas.
Mungkin lebih hebat dari Lord of the rings.
Kerana apa ye?
Mulanya saya menyangka wanita membeli kerana long term pelaburan. Ternyata sangkaan saya meleset.
Dari jawapan yang diperolehi, bukan 100% Wanita membeli barang kemas untuk pelaburan. Tetapi mereka membeli kerana keperluan perasaan mereka. Tidak kiralah diwaktu harga emas meninggi atau tidak.

Apabila ditanya, ini jawapannya:
#1:Bagi mereka keupayaan memiliki dan mengekalkan sesuatu gelang ditangan dalam tempoh yang lama memberikan perasaan yang berbagai bagai.

#2: Ada yang rasa Bahagia. Itu biasa. Kalau tak percaya cuba beli emas saat anda stress. Emas also a good theraphy.

#3:Ada yang rasa itu benda Wajib.
Cuba perhatikan, Setiap wanita harus ada emas perhiasan ditangan mereka. Oleh yang demikian, saya cuba membuat survey tidak rasmi selama seminggu di tempat kerja dan meneliti tangan tangan mereka yang berada di sekitar. Ya memang terbukti, boleh dikatakan 90% kenyataan itu tepat. Tidak kisah saiz kecil atau besar, yang penting memang WAJIB ada di tangan.

#4:Ada juga yang memberitahu, itu lambang kehidupan mereka. Perubahan saiz dan berat gelang menunjukkan revolution dalam kehidupan mereka. Dari design anak dara yang simple, kepada design moden untuk ibu muda dan akhirnya design evergreen untuk wanita dewasa.
Faktor perasaan ini dianggap tersangat penting kerana ia menentukan Design pilihan pelanggan, dan juga memberikan sakit kepala kepada Tukang Tukang emas yang berfikir demi menambahbaik rekabentuk Gelang Tangan untuk keperluan pelanggan yang disayangi.


1. Whatsapp/Telegram: 016-3132748 untuk memilih emas idaman anda.

                                                     Mariati : 016-3132748
ATAU 
lawati FB Page 






















Tips turunkan berat badan. Bahagian 1

(M ke XXL) vs  (XXL kembali pada M)


Berdasarkan pengalaman saya, tidaklah begitu susah untuk menukar size M kepada XXL. Tetapi untuk kembali semula kepada M sangatlah memerlukan kaedah yang tepat dan berkesan, bersesuaian dengan keupayaan setiap diri individu untuk mencapai objektif yang disasarkan.




#1. Bagaimana Saya Bermula

Sebenarnya dah banyak kali saya bermula. Dari zaman belajar lagi. Sampai ada ex-housemate yang jumpa saya tahun lepas tanya,
"Eh tak kurus lagi awok tie, saya rasa awok plan nak diet dari zaman awok final sem lagi". Saya menganggap beliau maksudkan tahun 2004.

Sebenarnya akak tu salah. Saya bermula dengan plan untuk kurus sejak dari tahun 2001 lagi. Bagus kan? Dan saya bermula dengan kaedah yang kurang tepat atau bahasa lainnya langgar dinding, yangmana saya telah plan dan buat cara yang salah secara berterusan. Azam untuk kurus pulak semestinyasaya akan renew setiap kali masuk tahun baru.

Apa yang bagusnya, saya ni tak pernah kenal erti putus asa gitu. Kejap kejap saya beli teh kurus, kejap lagi cari krim kurus pulak. Kawan kawan selalu cakap, "Rasanya Teh tu yang kurus nanti, bukan tuannya". Yela time student mampu beli teh dan krim je lah kan.

Masa tu saya feeling feeling seronok. Bagi saya itu adalah kata kata semangat dari kawan kawan. Tapi bila fikir balik, entah bagi semangat, entah boring?  Mau tak boring, asal keluar outing, lalu kedai jamu mulalah melekat dok menelek produk kurus yg paling latest. Pastu terhangguk hanguk dengar penerangan dari penjual. Yela mana tahu, miracle happen, lepas sapu krim mustajab, esok bangun terus kurus.

Lepas beli,adalah sempat 2-3 kali guna, 95% produk yang dibeli akan tersadai dalam loker. Tunggu nanti keluar brand baru, kalau time tu ada duit dalam poket, cari yang lain lah pulak. Kalau tidak kita masuk wishlist dulu. Nanti PTPTN masuk, boleh usha lagi sekali. Hamponnn PTPTN. 

Bila dah fedap cari ubat kurus, saya mencari bengkung pulak. Nak bengkung yang macam mana? Name it... Zap on, infra red, semua saya ada okeh. Dari puluh puluh ringgit hingga ribuan. Opps, suamiku tak tahu yang ribu ribuan itu!!!

Ada ketikanya, saya beralih arah. Ada kesedaran untuk bersenam. Yang jadi masalah, lepas jogging satu hari tidur 2 hari. Lepas  jogging satu jam, makan nasi 2-3 pinggan. Dari situ dah boleh teka berat naik atau turun kan?

Dan yang agak ekstrem, saya ada mencuba-cuba crash diet dan yang satu lagi zero karbo diet. Bila saya stop,  kadar pengambilan makanan dengan mendadaknya meningkat 2-3 kali ganda dari sebelumnya. 

Itu belum lagi cerita bab supplemen supplemen ajaib lagi. Yang mana saya mengharapkan keajaiban dari suplemen tersebut, berdasarkan testimoni testimoni yang digembar gemburkan. 

Kalau ikutkan dari cerita di atas, macam obses sangat saya ni kan? Tak bersyukur pun ada, Membazir pun ada. Realitinya, apa yang telah saya alami, sedang dan masih dialami oleh berjuta juta rakyat Malaysia. 

Mengikut statistik, Malaysia adalah negara paling obes di Asia Tenggara dengan peratus obesiti menghampiri tahap 45%. Dan berdasarkan pengalaman saya sebagai  pembeli ubat kurus tegar, kebanyakan produk lebih kurang sama isi kandungannya. 

Hanya brand dan packaging yang membezakan mereka. Bila ada kesan sampingan, cuma pemakan yang akan mengalami kesan kesan sampingan tersebut. Maaf, cerita saya tidak bertujuan langsung untuk kondem sebarang produk dipasaran. 

Prof saya pernah melawak, kalau sesiapa boleh cipta ubat kurus with no hunger or no exercise, orang itu Insyallah bakal jutawan. Kerana apa?

Jadi sahabat sekalian, tolonglah, buat research sedikit dan seboleh bolehnya cari produk yang berunsurkan natural sebelum dikonsumkan. Yang nak proses semua tu badan kita, buah pinggang kita, hati kita, saluran pembuangan kita, bukannya badan orang lain. 

Saya ni boleh dikatakan agak pandai sedikit buat ujikaji. Setiap kali mencuba produk baru, jika didapati ada persamaan dari segi kandungann, bau dan rasa dengan produk terdahulu, saya akan hentikan pengambilan secara serta merta. Walaupun masa beli macam tak perasan je semua benda tu.

 #2.Cukai Kebodohan Termahal

Cukai kebodohan termahal yang saya telah bayar adalah dengan menjadikan  diri sendiri sebagai tikus makmal. Tetapi hikmahnya, mana mungkin saya mampu berkongsi pengalaman kalau saya sendiri tidak mengalaminya. 

Sebelum April 2015, memang saya telah  hampir berputus asa. Pastu mulalah mencari alasan, dah memang metabolisme rendah, tak boleh dah nak kurus. Yang sebenarnya, saya ini tidak obses sangat terhadap kurus, sehinggalah saya belajar erti kurus yang sebenar dari rakan yang berkongsi rasa yang sama.

Iya, saya bertemu jawapan. Bukan badan kurus yang patut ditarget. Objektifnya lebih kepada Pengekalan Kesihatan yang optimum, itulah jawapan yang paling tepat. Ianya amanah dari Allah SWT yang tak ternilai. 

Andai kata kita diminta untuk menandatangani perjanjian gadai janji untuk pinjaman kesihatan ini, tiada satu nombor pun yang dapat menafsirkan nikmat kesihatan yang telah diberikan. 

Diam diam saya teringatkan arwah Mak. 
Terdengar dengar arwah berpesan 
"kome seksok pandai-pandai le jaga badan, jangan jadi macam Mok ni, baru umur 50an nak pegang cucu tak larat, nak jaga anak dalam pantang pun terketar-ketar tangan, harapkan kuat semangat je dapat bangun semayang malam, ikut kederat memang takde." 
Oh saya terlepas pandang, Sihat itu tersangatlah penting untuk perlaksanaan ibadah terutamanya selepas usia emas. Saya mesti bermula sekarang!!!!!

#3. Nak KURUS vs SIHAT?

Dari situ, objektif saya bertukar serta merta. Bukan nak KURUS tapi nak SIHAT. Kalau nak kurus semata mata sebenarnya saya dapat tukar size baju sahaja, tetapi jika memilih untuk sihat, saya dapat stamina, dapat kurus, dapat ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka masa panjang. 

Untuk jadi SIHAT, perkara Nombor Satu yang perlu disingkirkan dalam hidup adalah berat badan yang berlebihan.

Maka untuk menrealisasikan Perkara Nombor Satu tersebut, bermulalah episod saya mencabar diri sendiri untuk  Menurunkan Berat Badan Secara Sihat dan Betul. 

..... bersambung 

#4. Kronologi Berat Naik Berperingkat Tanpa Disedari atau Buat Buat Tak Sedar
(Dari M ke XXL)
#5.Terharu dengan Persekitaran Positif 
#6. Sindiran? Pekakkan telinga, Jalan Terus
#7.Senaman? Sangat susah untuk bermula
#8. Jangan main main. BMI tidak normal boleh melambatkan urusan pembelian insurans rumah.

Kosmo Beauty Spa - Set Penawar Resdung

Set Resdung (4 dalam 1)


Herba Dewa Mujarab (100gm) : RM15.90
Sabun Deviana (80gm)           : RM28.90
Bedak Herba Resdung (60ml)  : RM18.90
Herba Resdung Tradisional     : RM12.90

                             JUMLAH : RM76.60 


------------------------------------------------------------------------------------------

Herba Dewa Mujarab

√ Mengandungi gabungan Garam Merah Bukit, Herba Habatus Sauda, Cengkeh dan Mahkota dewa. Kandungan herba-herba ini telah dipercayai sangat mujarab untuk mencegah pelbagai penyakit sejak dari zaman dahulu lagi.

√ Antaranya seperti Resdong, jerawat,gatal-gatal muka, hidung, sakit gigi, bengkak gusi, mulut berbau, ulser mulut, gout, tumit merekah, kebas-kebas kaki dan masalah kulit.

Bedak Herba Resdung
√ Merupakan ramuan tradisional menggabungkan khasiat dari air mawar & herba-herba. Disapukan seluruh muka seperti bedak sejuk untuk jerawat, gatal-gatal kulit muka akibat hama resdung dan sekaligus menghaluskan kembali kulit wajah agar halus & licin.

Herba Resdung Tradisional
√ Khasiatnya mampu meredakan masalah pernafasan bermasalah, gatal-gatal hidung, hidung tersumbat, mengurangkan sakit kepala & mengantuk. Mengandungi herba tradisional dan rempah ratus yang terpilih. Caraguna dengan meletakkan botol herba pada hidung, sedut & hidu aroma herba perlahan² agar bau herba meresap ke dalam rongga sehingga pernafasan kembali reda, Lakukan berulang kali utk kesan memuaskan.

Sabun Deviana
√ Produk dwi fungsi jika digunakan pada muka ia mencegah gatal-gatal akibat resdung, parut jerawat, jerawat bernanah, jeragat, flek hitam juga panau.

√ Manakala penggunaan pad tubuh badan mampu membantu merawat & mencerah cerah peha dan ketiak yang hitam. Gunbakan di seluruh badan semas mandi untuk mengurangkan masalah bau badan juga merawat jerawat badan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara pengunaan:

Langkah 1.
Ambil 2 sudu Herba Dewa Mujarab, dan larutkan dalam air panas di dalam bekas/besen & wapkan muka dengan cara tutup keseluruhan muka dengan tuala.
Wap selama 30 minit, (bagi penyakit resdung, akan ada hama-hama putih yg keluar) kemudian lapkan muka.

Langkah 2.
Selepas wap muka dengan Herba Dewa Mujarab, biar muka sejuk dulu kemudian cuci muka seperti biasa menggunakan sabun Deviana.

Langkah 3.
Bedak Herba Resdung pula disapukan diseluruh muka pada waktu malam seperti bedak sejuk. Bersihkan muka selepas kering atau keesokan harinya.

Langkah 4.
Sedut/hidu Balm Herba Resdung. Ia adalah untuk melegakan pernafasan & membantu kurangkan hidung tersumbat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Nak intai produk yang berkaitan?

Jom 'stalk' Instagram kami: 
kosmobeautyspaonline




atau 




Mariati : 016-3132748


Copyright © Mariati Sulaiman | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in