Mariati Sulaiman

“When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father. When she is a wife, she completes half of the deen of her husband. When she is a mother, Jannah lies under her feet." Ameen

Pages

TUNGKU HERBA BAYI

INI adalah salah satu checklist Ibu Berpantang. Wajib tau.


TUNGKU HERBA BAYI



Tungku herba bayi ini dihasilkan dari berbagai herba traditional herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi.

Khasiat bertungku:
1.Merawat lenguh lenguh badan..
2.Sakit sendi..
3.Kebas.
4.Angin dalam badan..
5.Cepatkan proses pembuangan lemak badan
6.Melancarkan perjalanan darah

Kehangatan tungku ini ia dapat membuka liang roma dan herba dan rempah ratus mudah menyerap ke tubuh..

Nota : Penting bertungku terutama bayi lelaki untuk mengelakkan angin pasang.

Cara penggunaan:

Basahkan tungku dengan sedikit air agar bungkusan tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas. Kemudian tuam pada bahagian yang mengakami masalah seperti di perut, tangan, paha dan sebagainya. Panaskan/ kukuskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering selepas digunakan sebelum disimpan di tempat yang kering.

Tungku Bayi: RM 12.90
Berminat untuk dapatkan  tungku herba bayi ini? Hubungi kami 016-3132748

PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI Part 1

Bangun tidur harini Kak Yati terfikir sesuatu, nak sharing pengalaman berpantang sendiri. Berpantang sendiri definisi / maknanya berpantang tanpa jagaan ibu/mertua atau adik beradik ataupun bibik. Dan juga tanpa jagaan Perawat Pantang. Lebih tepat lagi Suami keluar bekerja dan kita cuma sendirian bersama bayi yang baru dilahirkan.

Berpantang sendiri ?
Memang mudah menyebutnya, namun sesiapa yang menghadapinya sahaja yang faham.
Namun, Insyallah semuanya bakal menjadi mudah jika kita bersedia.



Keperluan Pantang terbahagi kepada beberapa bahagian:

  • Persiapan Penerimaan Mental 
  • Persediaan Kelengkapan Sebelum Bersalin
  • Persediaan Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin
  • Perancangan Penjagaan Anak-anak yang sedia ada
Ok Nampaknya Kak Yati perlu masak sekejap.....
Semoga Allah memberikan kekuatan dan idea demi idea buat Kak Yati berkongsi dalam bahasa yang mudah dan ringkas untuk kebaikan bersama.

Moga-moga ianya bakal menjadi ilmu yang bermanfaat.




Musim Panas Luar Biasa di Malaysia

FENOMENA EKUINOKS
.
Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan berlarutan sehingga April depan.
Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
.
Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.
.
Penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
.
“Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari  akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.
.
“Jadi apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.
.
"Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak.
.
"Kita harap janganlah begitu tetapi sebenarnya temperature akan naik sedikit daripada waktu waktu normal," katanya.
.
Mazlan turut berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemubual selepas majlis sidang media pelancaran ekspedisi ke Antartika di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.
 .
Dalam pada itu, ekoran cuaca panas orang ramai turut dinasihatkan untuk mengelakkan daripada didedahkan kepada cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku dan digalakkan untuk meminum lebih banyak air kosong.
.
“Jadi secara, kita misalnya pada hari tertentu itu kalau waktu-waktu ekuinoks ini dinasihatkan kebanyakkan di bandar-bandar di dunia ini kita nasihatkan untuk tidak mendedahkan atau mendedahkan diri kita kepada matahari dengan banyak. Dan kita nasihatkan supaya lebih banyak meminum air kosong pada hari tertentu.
.
"Tapi, memang ini adalah amalan biasa pada waktu-waktu musim-musim panas di negeri bermusim kita cuba galakkan menjauhkan pendedahan matahari pada waktu peak antara 12 hingga 3 petang di mana radiasi uv itu lebih kita dapati, jadi suhu adalah tinggi.”

Sabun SPA beraromaterapi dari Kosmo Beauty sangat membantu menyejukkan badan dimusim panas begini.
.
Boleh hubungi Puan Yati 016-3132748 untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan.


ATAU boleh follow Instagram / FB untuk melihat produk produk yang berkaitan.



.


Copyright © Mariati Sulaiman | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in